INFORMASI KULIAH UMUM

JADWAL KULIAH SEMESTER GENAP (2015/2016)


 

 

 

 

 

 

Artikel BARAYAMUDA

oleh : Prof. Madya DR. Nidzam Sulaiman : Institut Kajian Etnik KITA Universiti Kebangsaan Malaysia

===============================================================

Pengenalan

PERBINCANGAN ini banyak merujuk kepada hasil penelitian dua sarjana Scheherazade S Rehman dan Hossein Askari dari George Washington University (terbit  dalam Global Economy Journal, vol 10:3) beberapa tahun lalu. Penelitian ini cuba membandingkan amalan murni, nilai-nilai positif yang dianggap sebagai islamik dalam masyarakat dari negara yang berbeza dalam dunia ini. Sebanyak 208 negara dikaji dalam penelitian ini.

Akuan Awal / Disclaimer: Bagaimanapun amalan yang dimaksudkan bukanlah yang bersifat rukun seperti sembahyang, membayar zakat, berpuasa dan rukun iman yang menjadi ajaran Islam. Jika amal ibadat dan aqidah ini, memanglah ia hanya diamalkan oleh umat Islam. Malah ramai sekali umat Islam yang patuh dan melakukannya dengan baik, pergi ke mesjid, menunaikan haji, berpuasa dan sebagainya. Amalan bersifat ibadat ini tidak dinafikan amat penting. Persoalan iman dan aqidah, rukun Islam dan sembahyang adalah dituntut, apa lagi ajaran beramal, berzikir, membaca qur’an, berjemaah dalam bersembahyang, berpuasa wajib dan sunat serta mengerjakan umrah dan haji serta menutup aurat dan melakukan perkara-perkara sunnat. Semua ini amalan baik dan amat dituntut dalam agama Islam. Namun persoalan yang ingin dibawa di sini ialah persoalan kemasyarakatan. Di samping amal baik yang lebih bersifat ibadat ini, terdapat juga amalan baik yang lebih bersifat sosial yang masih menjadi kesulitan dalam masyarakat muslim.

Tumpuan perbincangan ialah nilai murni kemasyarakatan, peranan individu dalam masyarakat, nilai kejujuran, amanah dan keikhlasan, menghormati hak asasi dan kebebasan individu, menepati masa dan berpegang kepada janji, meminjam dan memulangkan barangan pinjaman dengan baik, jika terpaksa berhutang, membayar hutang dalam waktu yang dijanjikan, mengelak dari amalan korupsi dan menzalimi, menghormati maruah insan lain, menggunakan kuasa dan menghukum dengan adil dan menghormati kebebasan dalam politik, sosial dan ekonomi dalam masyarakat.

Amalan ini yang menjadi bahan penelitian dan rata-rata amalan ini dituntut malah ditekankan kepentingannya dalam Islam. Amalan ini juga merupakan amalan penganut agama lain dan dengan itu perbandingan lebih mudah dibuat berbanding dengan amalan yang bersifat ibadat peribadi seperti sembahyang dan berpuasa di atas. Mereka mendapatnya dari ajaran agama juga berserta dengan nilai etika masyarakat yang ditanamkan oleh ibu bapa, guru sekolah dan masyarakat keseluruhannya. Ia dianggap sebagai nilai positif universal yang diterima.

Kelihatan semakin maju sesebuah negara dan semakin tinggi tingkat pendidikannya maka nilai ini turut meningkat amalannya dan demikian juga sebaliknya. Dalam maksud lain kelihatan korelasi yang jelas antara pembangunan ekonomi dan pendidikan dengan nilai positif universal ini.

Masyarakat Islam dan Masalah Amalan

Dapatan utama kajian penyelidik di atas ialah meskipun umat Islam rajin mengamalkan ibadah bersifat hukum mereka kelihatan masih lemah dalam nilai murni universal meskipun nilai ini tetap dituntut dalam ajran Isalam. Sebaliknya lebih banyak nilai murni bersifat Islamik ini diamalkan dalam negara bukan muslim daripada negara umat Islam. Dua negara paling banyak mengamalkan perkara-perkara baik itu ialah Ireland dan Denmark). Selain itu, daripada 208 negara yang dikaji 32 negara teratas dalam amalan yang baik ini adalah terdiri dari negara bukan umat Islam. Selepas nomor 32 baru terdapat negara muslim yang dianggap baik dalam amalan ini. Sudah tentu nomor ini tidak membanggakan langsung.

Sebagai bandingan dengan kajian ini cuba kita perhatikan beberapa index nilai masyarakat dunia ini seperti dalam lampiran kertas ini.

  1. Corruption and Transparency index http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010/results;
  2. Human Right index  http://www.ohchr.org/EN/Countries/Pages/HumanRightsintheWorld.aspx.

Kesemua index ini memberi penilaian rendah kepada negara umat Islam. Lihat kedudukan Malaysia, Indonesia, Brunei, Sudan, Iraq, Mesir, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh. Bagaimana kedudukan hak asasi dalam negara ini? Bagaimana kedudukan tingkat korupsi dalam negara umat Islam ini? Bagaimana penghormatan kepada kebebasan berfikir, menulis, bertanding dalam pemilu dan menubuhkan partai politik atau NGO dalam negara ini? Semua index ini menggambarkan kesulitan yang terdapat dalam masyarakat muslim dan sebaliknya kedudukan hak asasi, partisipasi politik dan kurangnya korupsi, semua terletak dalam kebanyakan negara lain.

Ini melahirkan gambaran bahawa, terdapat suatu macam korelasi bahawa semakin ramai umat Islam maka semakin banyak masalah hak asasi, tekanan kebebasan politik, kehilangan nilai amanah dan kejujuran serta nilai akauntabiliti dalam negara itu (belum lagi cerita lebih ramai perbuatan buang bayi, perceraian, penyalahgunaan dadah dan sebagainya).

Menghormati Hak Insan Lain

Seorang sarjana Indonesia Imaddudin Abdulrahim yang membuat penelitian di Amerika Syarikat menyatakan kota Ames dalam negeri Iowa kelihatan amat Islamik dari segi kebersihan jenayahnya berbanding dengan tempat lain. Dalam negeri ini menurut beliau, orang ramai semudahnya meninggalkan rumah tanpa dikunci untuk keluar atau pergi berkerja dan tidak ada orang yang akan masuk atau jenayah menyamun terhadap barang dalam rumah yang ditinggalkan itu. Jika ada pun ia dianggap amat jarang, bersifat kekecualian dan mungkin dilakukan orang luar yang datang ke situ.

Penulis sendiri pernah merasai pengalaman ini di Amherst, Massachusets apabila barangan berharga diletak di luar rumah tidak diambil orang. Mobil yang ditinggalkan di luar rumah dengan pintu yang terbuka juga tidak dibawa lari. Malah ada yang meninggalkan dalam keadaan enjin yang hidup, kerana masuk ke rumah untuk ke bilik air atau berhenti makan dan minum sambil meninggalkan kereta dalam keadaan demikian. Penjenayah kelihatan tidak banyak di sini. Hasil didikan masyarakat dan kesedaran sivil dan etika yang tinggi dalam kemasyarakatan telah membina nilai murni ini. Mereka menghormati hak individu lain. Nilai positif yang kita juga diajar dalam agama kita.

Sementara itu menurut Imaddudin di Iowa tadi, seorang pembeli yang kembali ke kedai dan menyatakan barangan yang dibelinya sebentar tadi rosak, ia akan terus diterima untuk ditukar atau dikembalikan wang, tanpa sebarang pertanyaan atau rungutan dari penjual. Mereka amat mengamalkan nilai kejujuran atau urusan based on trust adalah amat tinggi di sini. Demikian juga amalan peniaga di kedai runcit, pasaraya dan lain-lain peniaga. Hak konsumer amat dihormati dan tuntutan gantirugi dari sebarang kecuaian adalah dihormati.

Dalam mengulas hal ini menurut Imaddudin, substance adalah lebih penting dari form atau pengisian amalan adalah lebih penting dari rupa bentuk atau kulit luar sahaja dalam amalan Islam. Dalam kes ini beliau kelihatan seperti menyindir masyarakat muslim yang lebih mementingkan form atau rupa kulit (seperti pakaian, cakap yang selalu bersalut ayat dan hadis) tetapi dalam bentuk amalan penuh dengan kelainan.

Sudah tentu Islam tidak mengajar demikian. Islam memiliki ajaran yang serba baik. Pengajaran dari al Quran, Hadis dan ulama semuanya mengajar penganutnya kepada nilai kejujuran yang tinggi, tidak boleh melakukan rasuah, tidak boleh memperdaya orang lain, tidak boleh bersikap zalim kepada orang lain atau menganiaya, apa lagi kepada yang lemah seperti yang miskin, tertindas, kanak-kanak, wanita dan minoriti. Islam juga mengajar kepada penggunaan masa yang baik, memenuhi janji, membayar hutang, memulangkan barang pinjaman, memelihara kebersihan rumah, bilik air dan sebagainya.

Namun dalam kehidupan harian kita umat Islam masih menghadapi masalah ini, malah ada yang amat serius, walaupun ramai antara umat Islam yang ramai ke mesjid, berpuasa, bersembahyang, memakai pakaian yang sebaik-baiknya dalam menutup aurat (sebagai contoh lihat sahaja di dalam youtube, bagaimana pasangan yang tertangkap berdua-duaan hampir kesemuanya baik dari segi berpakaian, atau menutup aurat dengan baik). Mereka sedar akan tuntutan itu tetapi tertinggal yang lain.

Index Negara Muslim Selalu di Bawah

Di Malaysia kini, terdapat beberapa perkara yang agak menyedihkan dalam konteks bandingan dalam masyarakat majmuk, atau masyarakat berbilang kaum. Kadar buang bayi atau kelahiran anak tanpa nikah yang paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu atau umat Islam. Kadar penyalahgunaan dadah atau narkoba yang tinggi juga dijuarai oleh orang Melayu atau Islam. Kadar perceraian yang paling tinggi juga dijuarai oleh orang Islam. Demikian juga dengan kadar kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, juga dijuarai oleh umat Islam. Perbuatan ini juga wujud dalam etnik lain seperti Cina dan India tetapi kadarnya adalah lebih rendah. Pemerhatian random mendapati keadaan yang sama berlaku di negara ini dan Singapura.

Mungkin orang Islam boleh berbangga kerana tidak menjadi peminum arak yang paling tinggi atau penjudi yang tertinggi, namun bilangan statistik dalam kesalahan di atas itu adalah amat menyedihkan seolah-olah peranan pendidik tidak memberi kesan yang tinggi. Golongan ulama, guru agama, guru disipilin dan ibu bapa semuanya sudah memainkan peranan yang baik, namun bilangan kesalahan di atas tampak tidak berkurang, tetap semakin tinggi, apa lagi korupsi. Bilangan orang besar yang tertangkap korupsi juga besar sekali dari orang Islam atau Melayu dan tidak orang Cina atau minority lain (walaupun tidak dinafikan mereka merupakan penyogok atau pemberi rasuah utama). Anehnya kehadiran mereka ke mesjid dan surau adalah amat baik.

Analisis

Kertas ini tidak sedikit pun berniat mengkritik Islam atau golongan pendidik atau golongan kepimpinan. Apa yang penting ialah satu kesedaran perlu ditanam bahawa masyarakat Muslim sarat dengan ajaran yang baik, tentang kejujuran, keikhlasan, ketulusan, penghormatan dan ketaqwaan, namun dalam bentuk amalan atau menjadikan ajaran itu kepada perlakuan harian, ia masih lagi menjadi masalah. Dengan kesedaran ini mungkin golongan pemikir atau pemimpin boleh membangun mental kembali bagaimana pengajaran baik ini dapat ditanam dengan berkesan dalam amalan harian. Bukan sekadar menjadi ajaran di mulut sahaja.

Sebaliknya masyarakat bukan Islam yang menerima ajaran baik, menterjemahkannya ke dalam kehidupan harian. Lihat umpama contoh tulisan Weber, Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism. Bagaimana ajaran Protestant menyuruh umatnya berkerja kuat dan setiap peluh yang keluar dari bekerja itu adalah satu pahala atau mendapat keredaan Tuhan. Dengan itu masyarakat German menurut Weber berkembangnya industri, perdagangan dan ekonomi kapitalisme kerana ajaran ini.  Mereka berkerja keras pada asasnya kerana tuntutan agama, tanpa sedar lama kelamaan ia secara tidak langsung membina kapitalisme besar di Eropah.

Namun di dalam Islam sudah tentu ada ajaran menyuruh kita berkerja kuat juga. Bukankah ada seruan umpama, berkerjalah kamu seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah kamu seolah akan mati keesokan hari. Ayat al As juga meminta kepada mengutamakan masa dan tidak hidup leka kerana boleh membawa kerugian. Anehnya ia tidak diterjemah ke dalam amalan kita, berbanding dengan masyarakat asing tadi.

Juga kita di dalam Islam ditegah sembahyang pada waktu siang sebelum zohor. Tidakkah itu memberi gambaran bahawa Islam telah mengkhususkan satu waktu untuk berkerja yang jangan diganggu dengan tuntutan sembahyang pada waktu itu. Selain itu pelbagai lagi ajaran Islam tentang mendorong umatnya berkerja. Umpama hadis yang menyatakan setiap 9 daripada 10 rezki adalah dari perniagaan. Tidakkah ini merupakan satu dorongan kepada bisness yang amat baik? Tetapi kita tidak maju juga seperti umat lain. Dalam banyak negara, umat Islam juga yang banyak menganggur atau berkerja ringan dan tidak berjaya sepenuhnya.

Kesedaran ini diharap dapat meningkatkan lagi usaha kita menanamkan semangat untuk mengamalkan apa yang dituntut dalam ajaran kita dalam konteks hidup bermasyarakat. Dari rumah lagi ibu dan ayah perlu menamkan nilai kejujuran kepada anak-anak. Nilai bersih dari pendustaan ibarat kisah Abdul Qadir Jailani dengan nasihat supaya sentiasa jujur dari ibunya. Nilai memulangkan barangan orang lain apabila ditemui dan nilai mendapatkan wang dari hasil kerja yang bersih dan jujur, bukan dari jalan ringkas yang serba tercemar. Adalah dipercayai ibu bapa yang berpendidikan baik akan menanamkan nilai positif universal ini kepada anak-anak dengan lebih baik lagi. Kita dengan itu perlu memacu pendidikan dengan lebih agresif dan memperbanyak ibu bapa yang sedar akan kepentingan ini.

Kesimpulan

Masih tidak terlambat untuk masyarakat kita memperbaiki keadaan. Usaha ini perlu dipacu oleh golongan pendidikan, ibubapa dan barisan kepimpinan. Penekanan kepada nilai asal dalam bentuk amalan adalah amat penting, dan tidak sahaja menjadi bahan pengajaran. Dari kecil anak itu diasuh supaya berkata yang benar, dimarahi jika berdusta, apa lagi kesalahan yang lebih besar. Ia perlu ditanam dari dalam diri.

Pembangunan ekonomi dan kualiti hidup yang baik boleh meningkatkan cara berfikir. Adalah dipercayai dengan pembangunan ini infrastruktur pendidikan, institusi pra sekolah dan sebagainya dapat dipertingkat. Latihan perguruan yang baik juga akan menjadi lebih mantap. Dengan peningkatan ini ada baiknya penekanan kepada nilai ini diterap dalam kursus perguruan supaya mereka dapat menekankan dalam pengajaran di sekolah.

Islam tetap menjadi asas peningkatan ini tetapi perlu penterjemahan ke alam praktikal dengan lebih berkesan. Adalah amat mendukacitakan kita yang berbangga dengan Islam tetapi dalam masyarakat Islam kita yang mempunyai banyak masalah nilai positif tadi. Ia menjadi satu cabaran kepada  kita untuk mempastikan ajaran yang diterima ini diamalkan.

Rujukan : 

  1. Bahtiar Effendy, 2011,How Islamic are Islamic countries? A rejoinder. Insight, Jakarta  Sat, November 12.
  2. Scheherazade S Rehman & Hossein Askari, 2010, Islamicity Index: How Islamic area Islamic Countries? Global Economy Journal, vol 10:2.
  3. Scheherazade S Rehman & Hossein Askari, 2010, An Economic Islamicity Index EI  Global Economy Journal, vol 10:3.
  4. Weber, Max, 2002 The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalism, London: Penguin Books.
  5. Yin Ee Kiong, 2011, Most Islamic Countries in the World are Non Muslim. Malaysiakini.com/ letters/182393.

                                    

   

 

Tanggal TAHUN AKADEMIK 2015/2016
1 Februari s.d. 13 Februari 2016 : Registrasi Ulang Semester Genap
15 Februari 2016 : Kuliah Perdana Semester Genap
28 Maret s.d. 2 April 2016 : Ujian Tengah Semester (UTS)
4 s.d. 16 April 2016 : Pendaftaran KKM Semester VI
23 April 2016 : Pembekalan DPL KKM
30 April 2016 : Pembekalan Peserta KKM
1 s.d. 14 Mei : Pelaksanaan KKM (Tahap I)
16 s.d. 21 Mei 2016 : Ujian Akhir Semester (UAS)
23 Mei s.d. 4 Juni 2016 : Pelaksanaan KKM (Tahap II)
22 s.d. 23 Juli 2016 : Sidang Skripsi Prodi AN
29 s.d. 30 Juli 2016 : Sidang Skripsi Prodi IP
3 September 2016 : Wisuda Sarjana X

 

Sky Bet by bettingy.com

WARTA KAMPUS

Pelatihan Jurnalistik

Written byAdministrator
on 15 Maret 2013
Pelatihan Jurnalistik

PANDEGLANG.-Pelatihan Jurnalistik Kampus menghadirkan Narasumber Wartawan Senior Kabar Banten, Nurwarta Wiguna dan Wartawan Senior Banten Raya, Muhaimin. Dalam kesempatan tersebut, Pembantu Ketua Bidang Kemahasiswaan, Hendriana memberikan sambutan sekaligus membuka acara tersebut. Meirizal selaku Ketua Panitia Pelaksana, dalam laporannya mengatakan bahwa peserta sebanyak 50 mahasiswa, terdiri dari pengurus organisasi kemahasiswaan, para...

KKM ke Sumur

Written byAdministrator
on 12 April 2013
KKM ke Sumur

SUMUR.-Pembantu Ketua Bidang Akademik, Sutoto menyampaikan laporannya kepada Camat Sumur, Epi Sutiasa bahwa sebanyak 2 Kelompok akan melaksanakan Kuliah Kerja Mahasiswa (KKM) di Desa Ujung Jaya dan Desa Taman Jaya Kecamatan Sumur. Kepala BAUK STISIP Banten Raya, Bogi Darmawan dalam arahannya kepada mahasiswa peserta agar dapat melaksanakan kegiatan tepat waktu,...

PANORAMA KAMPUS


 - STISIP Banten Raya l Menjadi Perguruan Tinggi Sosial Politik yang Berperan Aktif dalam Pemberdayaan Masyarakat menuju Persaingan Global - STISIP Banten Raya l Menjadi Perguruan Tinggi Sosial Politik yang Berperan Aktif dalam Pemberdayaan Masyarakat menuju Persaingan Global - STISIP Banten Raya l Menjadi Perguruan Tinggi Sosial Politik yang Berperan Aktif dalam Pemberdayaan Masyarakat menuju Persaingan Global

 - STISIP Banten Raya l Menjadi Perguruan Tinggi Sosial Politik yang Berperan Aktif dalam Pemberdayaan Masyarakat menuju Persaingan Global - STISIP Banten Raya l Menjadi Perguruan Tinggi Sosial Politik yang Berperan Aktif dalam Pemberdayaan Masyarakat menuju Persaingan Global - STISIP Banten Raya l Menjadi Perguruan Tinggi Sosial Politik yang Berperan Aktif dalam Pemberdayaan Masyarakat menuju Persaingan Global